Insentif kepada guru lakukan tugas luar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) membangkitkan isu insentif kepada guru gred DG41 yang melaksanakan tugasan di luar kelas.

- Advertisement -

“Kalau guru besar ada elaun tambahan, guru penolong kanan pun ada. Adakah kerajaan akan memperkenalkan insentif atau pun bayaran khusus kepada guru gred DG41 yang melaksanakan tugasan di luar kelas.

“Sebagai contohnya, hadir ke mesyuarat atau pun program yang di luar bilik darjah? Adakah kerajaan akan memperkenalkan bayaran elaun khusus untuk guru biasa atau pun guru DG41?” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kedah, mengemukakan angka jumlah guru yang memilih ingin bersara awal, iaitu lebih 10,000 guru berdasarkan laporan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pada tahun lepas dan antara punca keadaan itu ialah isu bebanan tugas guru.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata tiada elaun khusus yang diperuntukkan setakat ini dan yang ada cuma peruntukan untuk kos perjalanan jika guru diarahkan bertugas di luar sekolah. – HARAKAHDAILY 28/2/23

- Advertisement -