Wujudkan agensi khas laksanakan TVET

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menekankan secara khusus bahawa sistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) merupakan perkara yang cukup penting.

- Advertisement -

Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) berkata, dasar pendidikan TVET perlu diletakkan di bawah kementerian atau agensi khas kerana sangat penting dalam aspek pembangunan negara.

“Sehubungan itu, usaha yang perlu dipertingkatkan dengan meningkatkan lebih banyak penghasilan pekerja mahir dan separa mahir serta penekanan pembangunan pendidikan teknikal dan latihan ini.

“Melalui pendekatan ini, kita dapat membentuk generasi baru sumber manusia yang lebih berkemahiran daripada apa yang kita miliki ketika ini,” katanya dalam perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini..

Beliau yang juga mantan Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, ini sekali gus bakal melahirkan lebih banyak syarikat yang berteraskan teknologi tinggi.

Beliau berkata, TVET bukan lagi pilihan kedua, malah perlu diangkat seiring pengajian akademik arus perdana. – HARAKAHDAILY 27/2/23

- Advertisement -