Rafizi: Dulu sembang, hari ini temberang

- Advertisement -

KALAU dulu, Rafizi cakap:

1. “Kalau Najib tak turunkan harga barang, kita turunkan Najib.” 31/12/2013

- Advertisement -

2. “Semalam saya telah memfailkan satu RUU Persendirian di Parlimen untuk menggubal satu akta yang menghalang seorang Perdana Menteri dari melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan. Kerosakan ekonomi di zaman Najib Razak semakin menjadi-jadi kerana beliau turut menjadi Menteri Kewangan.” 15/9/2015 

https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/photos/semalam-saya-telah-memfailkan-satu-rang-undang-undang-persendirian-di-parlimen-u/1029060643795109/

3. “Dasar pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak yang anti-subsidi dan terlalu pro-perniagaan besar adalah punca utama kepada kenaikan harga barang yang berlaku sejak beliau menjadi Perdana Menteri. Oleh itu, tidak memadai bagi beliau dan menteri-menteri terbabit yang secara berterusan menyalahkan rakyat dan peniaga (yang juga rakyat) tanpa ada sebarang langkah berkesan setakat ini untuk menangani kenaikan harga barang.” 30/3/2017 

4. “Lepas menang pilihan raya, kami cari Azam Baki insya-Allah, saya tahu Azam Baki tengok ni saya harap bila PH menang kami cari kamu, kamu jangan nak salahkan adik kamu sekali lagi.” 16/11/2022

5. “Penyokong PKR serta Pakatan Harapan (PH) dan pengundi tidak perlu berasa bimbang kerana saya tidak akan menerima perkara (rundingan) ini dan berdiam diri. Jika ia berlaku, saya akan menjadi orang pertama yang bersuara, jika berlaku sebarang usaha rundingan dengan Umno.” 1/11/2022

https://www.suarakeadilan.my/post/tiada-persefahaman-politik-antara-ph-gabungan-parti-utama-di-semenanjung

6. “Harga minyak seperti petrol dan diesel adalah kos seharian. Jika harga minyak seperti ini tinggi maka kadar inflasi juga akan meningkat. Kadar inflasi meningkat bermakna harga barang akan menaik. Sebab itu untuk kita menurunkan harga barang kita perlu turunkan harga minyak.”

7. “Pakatan Rakyat menjanjikan untuk menghapuskan PTPTN dan menawarkan Pendidikan percuma untuk semua rakyat,”

@gelombanghijau_

Formula 2 : Haouskan PTPTN dan berikan Pendidikan Percuma

♬ original sound – gelombang hijau – gelombang hijau

8. “Menurunkan harga kereta bukan sesuatu yang susah atau mustahil kerana kerajaan hanya perlu menghapuskan cukai eksais sahaja. Saya jamin rakyat akan betul-betul marah kerana rakyat sudah faham sepenuhnya bahawa nak kurangkan harga kereta begitu mudah.” 

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/05/29/turunkan-harga-kereta-pendekatan-kerajaan-rugikan-beberapa-pihak–rafizi

Hari ini, Rafizi cakap:

1. “Pada dasarnya, kerajaan tidak boleh kawal harga makanan kerana ia di luar kuasa kerajaan,” 25/1/2023

2. “Kerana bila kita ada gabungan yang masing-masing membentuk kerajaan sudah tentu setiap komponen mahu jawatan Menteri Kewangan itu berada di pihak mereka. 

“Oleh kerana itu exrtra ordinary situation maka keputusan itu sesuai buat masa sekarang iaitu senang PM jadi Menteri Kewangan supaya tidak timbul isu tentang gabungan yang berbeza.” 5/12/2022

3. “Kenaikan harga barang sebenarnya didorong oleh harga akhir di kedai dan restoran yang masih lagi tinggi.” 20/2/2023

4. “I don’t think that’s exactly what  I said  I think it makes political sounbytes or you know news bytes.” 5/12/2022

https://www.sinarharian.com.my/article/234671/berita/nasional/cari-azam-baki-hanya-political-soundbytes—rafizi

5. …………….. – Suara tidak dijumpai.

6. “Kalau tidak, harga barang naik macam mana pun dia tidak mempengaruhi permintaan then sampai bila-bila kita kena bercakap pasal tak cukup ayam. By right kalau harga ayam dah mahal sangat we shoud reduce makan ayam by right,”

7. “YB Machang sebelum ini menyatakan bahawa dalam manifesto PH menjanjikan untuk menghapuskan PTPTN itu adalah satu pembohongan kerana tidak ada janji itu dalam manifesto PH baru-baru ini.”

8. “Sekarang tibalah masanya untuk dia (Rafizi) mempraktikkan segala formula yang dikeluarkan dahulu.”

https://www.kosmo.com.my/2022/12/04/rakyat-tunggu-formula-myvi-rm25000-rafizi/

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah 
Jabatan Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 27/2/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!