KUALA LUMPUR: Kedua-dua projek tebatan banjir di Lembangan Sungai Golok akan dilaksana secara reka dan bina dan dalam proses perolehan, kata Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Kementerian itu memberitahu sedang giat melaksanakan pelbagai projek tebatan banjir di Lembangan Sungai Golok dalam usaha mengurangkan risiko banjir semasa musim Monsun Timur Laut, khususnya penduduk yang tinggal di sekitar lembangan Sungai Golok.
Demikian jawapan bertulis kementerian itu kepada soalan Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff [PN-Rantau Panjang] di Dewan Rakyat, hari ini.
Siti Zailah meminta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan status pelaksanaan projek tebatan banjir di Rantau Panjang dan apakah perancangan kementerian bagi mempercepat projek tersebut dapat disiapkan.
Menurutnya lagi, sejumlah RM1.535 bilion melibatkan dua projek sedang dilaksanakan iaitu Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sg Golok (KESBAN) Fasa 1 dengan siling kos projek sebanyak RM656 juta yang dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2024.
Tambahnya, satu lagi ialah Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sg Golok Fasa 2 dengan siling kos projek sebanyak RM879 juta. – HARAKAHDAILY 27/2/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!