Banjir: 33 projek kerja kecil telah dilaksana pada 2022

Salamiah Mohd Nor
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 33 projek kerja-kerja kecil telah dilaksanakan pada tahun 2022 untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Temerloh dengan kos sebanyak RM1.32 juta.

- Advertisement -

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan ia melibatkan kerja-kerja pengaluran sungai, menstabilkan tebing sungai dan menaik taraf saliran bagi meningkatkan kualiti air sungai.

Kementerian itu memaklumkan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Salamiah Mohd Nor [PN-Temerloh] di Dewan Rakyat, hari ini.

Salamiah meminta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan status projek tebatan banjir di daerah Temerloh melibatkan Kem Batu 3, bagi mengatasi kerugian besar, barang dan peralatan ketenteraan yang terpaksa dilupuskan selepas banjir.

Menurut kementerian itu lagi, langkah mitigasi banjir di Kem Batu 3 di daerah Temerloh termasuk dalam perancangan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Semantan Fasa III dan akan dimohon dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).

Katanya, Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Semantan Fasa I berjumlah RM47.8 juta pula dijangka siap pada Julai 2024. – HARAKAHDAILY 27/2/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!