Gempa bumi baharu gegar Hatay di Türkiye hari ini

Pekerja memunggah runtuhan konkrit bangunan di Defne, Hatay, Turkiye. (FOTO: Anadolu Agency)
- Advertisement -

HATAY: Gempa bumi baharu magnitud 5.0 magnitud pada Skala Ritcher melanda wilayah selatan Türkiye di Hatay pada hari ini, waktu Malaysia.

- Advertisement -

Presidensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) berkata, gempa bumi melanda daerah Defne di Hatay pada 1553 GMT (jam 6.53 petang Khamis, 23 Feb, waktu tempatan) pada kedalaman 9.76 kilometer (6 batu).

Gabenor Hatay, Rahmi Dogan berkata beberapa bangunan yang sudah rosak akibat tiga gempa bumi dahsyat pada 6 Feb dan 21 Feb runtuh.

“Menurut laporan awal, tiada kecederaan atau orang yang terperangkap dalam bangunan terbaharu yang runtuh itu,” katanya.

Pada 21 Feb lalu, gempa bumi dahsyat ketiga berukuran 6.4 magnitud menggegarkan Hatay, membunuh enam orang, hanya dua minggu selepas dua gegaran kuat melanda wilayah selatan dan tenggara Türkiye, serta Syria.

Sekurang-kurangnya 43,556 orang maut di Türkiye akibat gempa bumi berkembar yang berpusat di wilayah selatan Kahramanmaras pada 6 Feb lalu menyebabkan lebih 139,000 sama ada roboh atau mengakami kerosakan; dengan lebih 13 juta penduduk di 11 wilayah Turkiye yang merupakan 15 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi di negara itu, kini terjejas. – HARAKAHDAILY 24/2/2023

- Advertisement -