SESUATU yang memalukan apabila Parlimen Malaysia yang menjadi badan penggubal undang-undang tertinggi negara sering digelar sebagai sarkas dek kerana gelagat Ahli Parlimen yang tidak berakhlak.
Apa gunanya pembaharuan yang telah dibuat dalam Parlimen Ke-15 jika budaya sarkas ini tetap berulang. Sedangkan banyak isu rakyat yang perlu dibincang secara tuntas bagi mencari penyelesaian.
Sehubungan itu, reformasi institusi ini perlulah bermula dengan perubahan sikap Ahli Parlimen itu sendiri seperti yang disebut oleh YB Kuala Krau dalam sesi perbahasan Titah Diraja pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15.
Cukuplah dengan budaya politik dendam, kutuk-mengutuk dan maki-memaki.
Sebagai badan penggubal undang-undang, menjadi tanggungjawab Ahli Parlimen membuat reformasi di dalam diri masing-masing dengan mewujudkan sesi perbahasan yang matang dan berkesan dalam beberapa sidang yang berbaki.
Setiap Ahli Parlimen ada tanggungjawab. Iaitu memastikan hak rakyat terbela dan terpelihara. Suara rakyat telah membawa semua ahli parlimen kesini. Gunakanlah kesempatan ini untuk menabur bakti selagi masih ada waktu.
Sekian
USTAZ AIREROSHAN ROSLAN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang – HARAKAHDAILY 23/2/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!