
LONDON: Pemandu kereta api bawah tanah (tube) London akan melancarkan mogok pada bulan Mac berikutan pertikaian berterusan mengenai aturan kerja dan pencen.
Kesatuan Persatuan Jurutera Lokomotif dan Bomba (ASLEF) mengumumkan pada Khamis (23 Feb)bahawa 99 peratus ahli kesatuan itu yang terdiri daripada pemandu-pemandu kereta api Tube mereka mengundi untuk menyokong tindakan mogok sehari itu, lapor The Guardian.
Sehubungan itu, warga London dijangka menghadapi masalah pengangkutan menjelang tarikh mogok yang dijadualkan menjelang 15 Mac ini.
Dikenali dengan London Underground (atau Underground) perkhidmatan tube London merupakan satu sistem transit aliran yang menyediakan perkhidmatan di sebahagian besar kawasan vbandar raya London dan beberapa lokasi yang berdekatan seperti Essex, Hertfordshire dan Buckinghamshire di England.
“Jumlah undian majoriti yang menyokong mogok tersebut menunjukkan bahawa ahli kami tidak bersedia untuk menghadapi ancaman terhadap keadaan kerja dan pencen mereka,” kata penganjur sepenuh masa kesatuan di London Underground, Finn Brennan.
Menurutnya, kenyataan itu menekankan bahawa keputusan itu dibuat selepas pertikaian mengenai kegagalan pihak pengurusan untuk menerima perubahan itu kepada pengaturan kerja dan pencen kami yang masih belum diselesaikan.
Brennan juga berikrar untuk mengambil tindakan mogok selanjutnya seolah-olah tuntutan mereka itu tidak akan dipenuhi.
“Melainkan mereka (pihak pengurusan) bersedia untuk bekerjasama dengan kami dan menerima bahawa perubahan perlu dibuat dengan persetujuan; dan membawa faedah sebenar kepada kakitangan, bukannya hanya pemotongan dan penjimatan kos, ini (mogok pada 15 Mac 2023) hanya akan menjadi hari pertama tindakan dalam pertikaian yang berlarutan,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/2/2023