Blair cetus kemarahan, rancang teknologi kawal rakyat Britain

Tony Blair (kanan) dan William Hague mencetuskan kontroversi melalui cadangan agar sistem ID Digital diperkenalkan untuk penduduk Britain. (FOTO: The Times)
- Advertisement -

LONDON: Tony Blair telah mencetuskan kemarahan umum dan dituduh mendesak perancangan ‘menyeramkan’ supaya setiap warga Britain diberikan ‘ID digital’ (‘kad pengenalan digital’) sebagai sebahagian daripada matlamat ‘membentuk semula keadaan sekitar teknologi’ di negara itu.

- Advertisement -

Bekas perdana menteri itu telah menyertai bekas pemimpin Tory, William Hague dalam menyeru agar Kerajaan Britain memperkenalkan kad pengenalan yang boleh dimiliki orang ramai dalam telefon mereka itu.

Dalam ID Digital itu  akan mengandungi butiran peribadi individu seperti pasport, lesen memandu, rekod cukai, kelayakan dan status hak untuk bekerja masing-masing.

Blair pernah cuba memperkenalkan ID Digital di Britain semasa menadi Perdana Menteri  – menegaskan bahawa teknologi biometrik baharu itu akan mengatasi kebimbangan tentang bahaya dalam talian.

Kedua-dua Blair dan Hague menegaskan bahawa ‘pembentukan semula asas keadaan di sekeliling teknologi’ diperlukan di Britain di tengah-tengah dunia yang kini membentuk situasi ‘radikal’.

Bagaimanapun pengkritik membalas tuntutan Blair dan Hague, dengan bekas pengerusi Tory, Jake Berry melabelkan penjenamaan ID digital sebagai ‘rancangan kerajaan Britain yang menyeramkan untuk menjejaki  privasi penduduk negara dari saat kelahiran  hingga ke liang lahad’.

Kumpulan kempen Big Brother Watch pula mengecam Blair  kerana menghidupkan semula cadangan yang gagal untuk melaksanakan  identiti digital massa yang mengganggu dan keadaan pangkalan data’.

Namun tinjauan pantas  oleh YouGov mendakwa lebih separuh daripada rakyat Britain (sebanyak 54 peratus) akan menyokong ID Digital dipekenalkan di negara itu.

Menurut tinjauan ke atas lebih 4,000 orang dewasa pada Rabu, hampir satu perempat (23 peratus) berkata mereka akan menyokong kuat untuk memperkenalkan  ID Digital di Britain,  dengan 31 peratus mengatakan mereka akan ‘cenderung menyokong’ rancangan sedemikian.

Sementara 13 peratus mengatakan mereka akan cenderung untuk menentang  perancangan itu;  14 peratus yang mengatakan mereka akan menentang keras akan perancangan tersebut; dan hampir satu daripada lima (18 peratus) menjawab ‘tidak tahu’.

Perubahan radikal politik

Terdahulu, Blair dan  Hague mendedahkan cadangan mereka dalam artikel bersama untuk The Times, yang  mana mereka berkata ‘politik mesti berubah secara radikal kerana dunia berubah secara radikal’.

“Kita sedang melalui revolusi teknologi abad ke-21 yang sama besar dalam implikasinya seperti revolusi perindustrian abad ke-19,” tegas mereka.

Mereka memberi amaran bahawa ahli politik semasa ‘berbahaya untuk melakukan perjuangan abad ke-20 dengan margin cukai dan dasar perbelanjaan apabila isunya ialah bagaimana untuk  memanfaatkan revolusi baharu ini  bagi  membayangkan semula negeri dan perkhidmatan awam’.

Menggariskan cadangan mereka untuk merombak Whitehall – termasuk ID Digital untuk setiap warganegara – mereka juga menyeru ke arah infrastruktur kesihatan nasional yang menggunakan data untuk meningkatkan penjagaan dan mengurangkan kos, dan sistem kecerdasan buatan (AI) berdaulat yang disokong oleh keupayaan superkomputer.

The Times melaporkan perancangan kedua-dua Blair dan Hague yang diterbitkan dalam laporan dengan lebih daripada 40 cadangan yang termasuklah mengehadkan kuasa Perbendaharaan untuk menguruskan pelaburan sains dan teknologi, melantik ‘menteri eksekutif’ dari luar Parlimen untuk menyusun semula pendekatan Whitehall terhadap sains dan teknologi, dan menggunakan AI untuk membantu guru-guru di sekolah dan memberikan sokongan yang ‘diperibadikan’ kepada murid di rumah.

Dalam temu bual dengan program Today BBC, Radio 4 pada pagi Rabu, Blair menekankan bagaimana negara sekecil Estonia dan sebesar India sedang bergerak ke arah ID digital.

“Jika anda melihat teknologi biometrik yang membolehkan anda melakukan ID digital hari ini, ia boleh mengatasi banyak masalah ini,” ujarnya.

Reaksi Downing Street

Downing Street pada hari ini, Rabu bagaimanapunb  menolak untuk menerima perancangan Blair dan Hague itu.

Jurucakap rasmi Perdana Menteri, Rishi Sunak  berkata: “Tiada perancangan untuk memperkenalkan ID digital. Kedudukan kami pada pengenalan secara fizikal bagi penduduk negara ini kekal tidak berubah.”

Di tengah-tengah reaksi balas terhadap cadangan kedua-dua Blair dan Hague itu,  Jake  Berry  yang merupakan pengerusi Tory di bawah bekas perdana, Liz Truss dalam Twitternya berkata: “Sebagai seorang konservatif, yang  percaya kepada kebebasan hak, saya tidak akan sekali-kali mengundi untuk perancangn itu.”

Jurucakap hal ehwal dalam negeri Liberal Demokrat,  Alistair Carmichael pula berkata pihaknya telah jelas sejak awal bahawa ID Digital melibatkan kos yang mahal dan tidak bermanfaat untuk digunakan. – HARAKAHDAILY 23/2/2023