Amalan Syaaban menghadapi Ramadan

- Advertisement -

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا حَدَّثَتْهُ قَالَتْ لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرًا أَكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ وَكَانَ يَقُولُ خُذُوا مِنْ الْعَمَلِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَأَحَبُّ الصَّلَاةِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا دُووِمَ عَلَيْهِ وَإِنْ قَلَّتْ وَكَانَ إِذَا صَلَّى صَلَاةً دَاوَمَ عَلَيْهَا

- Advertisement -

“Daripada Abu Salamah bahawa ‘Aisyah R.A menceritakan kepadanya, katanya: “Rasulullah S.A.W tidak pernah melaksanakan puasa lebih banyak dalam sebulan selain bulan Syaaban, ada kalanya Baginda melaksanakan puasa bulan Syaaban seluruhnya. Baginda bersabda: “Lakukanlah amal-amal yang kalian sanggup melaksanakannya, kerana Allah tidak akan berpaling (dalam memberikan pahala) sampai kalian yang lebih dahulu berpaling (dari mengerjakan amal) “. Solat yang paling Nabi S.A.W cintai adalah solat yang dijaga kesinambungannya sekalipun sedikit. Baginda bila sudah biasa melaksanakan solat (sunat) baginda menjaga kesinambungannya”.”

(Hadis Riwayat Bukhari No: 1834) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah S.A.W melaksanakan puasa sunat paling banyak pada bulan Syaaban untuk kita contohi.

2.  Laksanakanlah setiap amal kita semampunya dengan istiqamah, kerana Allah sentiasa memberikan ganjaran pahala.

3.  Solat sunat yang Nabi S.A.W cintai ialah yang dilakukan secara istiqamah walaupun sedikit.

4.  Pelihara solat sunat mengiringi waktu, dhuha, tahajud, witir dan lain-lain  walaupun hanya dua rakaat.

Marilah kita berterusan melaksanakan puasa sunat, solat sunat serta pelbagai amal soleh di bulan Syaaban ini khususnya sebagai persiapan menemui bulan Ramadan. Semoga kebiasaan yang kita lakukan pada bulan ini akan berterusan di bulan Ramadan.

“Negara Rahmah Ummah Sejahtera”

YB USTAZ KAMAL ASHAARI
Ahli Parlimen Kuala Krau – HARAKAHDAILY 23/2/2023

- Advertisement -