Promosikan tempat bersejarah di Perak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelancongan berkonsepkan sejarah tidak begitu aktif di Perak sedangkan masih banyak lagi tinggalan warisan asal yang masih belum dipromosi.

- Advertisement -

Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) berkata, Malaysia merupakan negara yang kaya dengan sejarah dan budaya yang diwariskan oleh orang yang terdahulu kepada generasi sekarang.

“Soalan saya, apakah inisiatif kerajaan untuk mengangkat dan mempromosi tempat bersejarah yang terpinggir ini melalui konsep pelancongan bersejarah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan di sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak memerlukan kerjasama bersama, iaitu perbincangan kementerian dan kerajaan Perak.

“Kita bincang dalam tempoh terdekat berhubung rancangan bersama promsosi pelancongan di Perak. Kalau kementerian saja rancang, kerajaan negeri tak setuju tak jadi juga,” katanya.

Mengikut soalan asal Jamaludin, beliau meminta kerajaan menyatakan apakah terdapat perancangan dari pihak Kementerian untuk memulihkan kembali Kompleks Sejarah Pasir Salak menjadi salah satu tarikan pelancong di negara ini. – HARAKAHDAILY 22/2/23

- Advertisement -