Peruntukan baiki jalan perlu adil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Masalah jalan berlubang bukan sahaja menyebabkan berlaku kemalangan, bahkan boleh meragut nyawa ramai pihak.

- Advertisement -

Ini menyebabkan Dato’ Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) meminta Kementerian Kerja Raya menyatakan usaha bagi mengatasi masalah itu.

“Masalah ini ada yang telah meragut nyawa ramai pihak. Jadi adakah peruntukan bagi mengatasi masalah ini diberikan sama rata di antara negeri yang ditadbir oleh kerajaan mahu pun pembangkang,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kelulusan peruntukan tahunan membaiki jalan diberikan tanpa mengira negeri yang ditadbir kerajaan atau pembangkang.

“Peruntukan penyenggaraan Jalan Persekutuan untuk setiap negeri diberikan secara tahunan berdasarkan senarai keutamaan kerosakan jalan yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya, tertakluk kepada peruntukan Kementerian Kewangan,” katanya.

Iskandar ketika mengemukakan soalan tambahan meminta kementerian memberi jawapan bertulis berkaitan jumlah peruntukan di Kuala Kangsar sepanjang tempoh lima tahun lalu. –HARAKAHDAILY 22/2/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!