Harian Metro cuba cetuskan suasana ancaman?

Siar gambar kes lain untuk kelirukan dengan acara yang cuba dituduh

- Advertisement -

APA tujuan Harian Metro memuatkan gambar pihak PDRM bersama rampasan senjata tajam sebagai gambar utama pemberitaan mengenai HIMPIT?

Bila kita check gambar ini bertarikh 24 Januari 2023, rampasan senjata tajam dari kumpulan kongsi gelap. 

Kenapa Harian Metro guna gambar sebulan lepas untuk disandingkan dengan laporan berita HIMPIT?

Bukankah ini satu niat jahat dan tindakan mengancam keharmonian daripada media?

Apakah Harian Metro mahu cetuskan suasana takut dan cemas dalam masyarakat?

Apakah Menteri KDN tidak mahu bersuara dan menulis Kenyataan Media sebanyak 9 perenggan kerana Harian Metro telah mengancam ketenteraman awam?

Atau apakah gambar ini di sisi Menteri KDN tiada masalah apabila melibatkan PAS? 

Atau sepatutnya media letakkan gambar yang lebih ganas dan jahat kepada PAS? 

Kita menunggu respons Menteri KDN, jika Menteri Agama nak respons pun tiada masalah. Kita nak baca juga.

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 21/2/2023

- Advertisement -
- Advertisement -