5,510 pelajar sekolah agama YIK duduki SPM

- Advertisement -

KOTA BHARU: Seramai 5,510 pelajar sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 84 pusat peperiksaan bermula hari ini.

- Advertisement -

Pengarahnya, Engku Rajhan Engku Ismail berkata, sebanyak 80 sekolah terlibat dengan peperiksaan itu yang dijangka berakhir 15 Mac hadapan.

Katanya, jumlah calon SPM terbabit membabitkan sembilan sekolah kategori maahad kawalan yang melibatkan seramai 899 calon.

Selain itu 10 maahad pilihan melibatkan 1,462 calon, maahad kerajaan sembilan sekolah (119 calon) Sekolah Menengah Agama Bantuan (34 sekolah – 1,505 calon) dan 18 lagi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (625 calon).

“Pusat peperiksaan mengikut daerah pula sebanyak 18 sekolah di Kota Bharu yang melibatkan 20 pusat peperiksaan, Tumpat lapan sekolah dengan lapan pusat peperiksaan,” katanya di sini hari ini.

Pasir Mas melibatkan lapan sekolah (14 pusat), Tanah Merah lapan sekolah (8 pusat), Jeli lapan sekolah (4 pusat), Machang lima sekolah (5 pusat), Kula Krai tujuh sekolah (7 pusat).

Selain itu Gua Musang dua buah sekolah, (2 pusat), Bachok tujuh sekolah (8 pusat) dan Pasir Puteh lapan sekolah (8 pusat).

Oleh itu Engku Rajhan turut berharap semua calon bersedia khususnya mengatur persiapan dengan kesabaran serta doa dan bertawakal kepada Allah kerana ia kunci kejayaan pada masa hadapan.

“Melangkah dengan penuh semangat ke dewan tanpa perasaan kalah semoga kejayaan menjadi milik kita semua dan akan jadi kebanggaan keluarga dan kecemerlangan dunia akhirat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/2/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!