Tunjuk diri sebenar, bukan berselindung di sebalik poster

- Advertisement -

ALOR SETAR: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mencabar individu yang terlibat dalam Gerakan Anti Sanusi (GAS) menampilkan diri sebenar dan bukan berselindung di sebalik poster.

- Advertisement -

“Tampillah dengan berani tunjukkan diri sendiri. Bukan bersembunyi di sebalik poster dan hanya dengar suara. Itu semua pengecut. Nak lontar pandangan politik, tapi tak berani.

“Tak usah mainlah kalau tak berani. Lebih baik main congkak, ‘one, two, som”, batu seremban atau lain-lain,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sejak kebelakangan ini, GAS yang dipercayai didalangi pihak yang tidak senang dengan Menteri Besar, aktif di media sosial menggunakan aplikasi TikTok merendah-rendah keupayaan dan melontar perkara negatif berkaitan Muhammad Sanusi.

Menteri Besar berkata, jika individu yang terbabit dalam GAS hendak bermain politik, selesaikan di medan yang sama dan bukan bertindak sehingga mahu memfitnah.

“Kita akan tengok nanti. Sekiranya mereka (ahli GAS) hendak memberi pandangan berkenaan politik, kemukakan perkara yang benar dan tidak perlu menyembunyikan identiti.

“Gambaq tak dak (tiada). Muka pun tak dak. Politik ini kena berani. Tampil dengan hujah, idea dan pandangan sendiri,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/2/23

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!