Arak dan rasuah

- Advertisement -

DAHULU, pada awal tahun 1900, Amerika Syarikat, pernah mengharamkan penjualan arak kerana melihat kepada kesan mabuk yang sangat buruk ke atas rakyat mereka. Selama bertahun-tahun penguatkuasaan itu berjalan.

Oleh kerana Amerika bukanlah sebuah negara Islam, maka pengharaman itu, hanyalah bersifat lemah. Ia tiada ruh agama di dalam undang-undang itu. Rakyat mereka tiada pegangan hidup untuk menjaga diri sendiri dari ketagihan arak. Waktu itu, Amerika sedang mendahului dalam apa yang disebut sebagai kemajuan. Jadi kehendak dunia, mengatasi segala-galanya. Akhirat pula, tiada tempat.

Dan ternyata ianya benar kerana aktiviti penyeludupan arak dan gangsterisme pula yang menjadi masalah baru kepada kerajaan. Kumpulan penjenayah ini kemudiannya berebut kawasan untuk menguasai perniagaan yang menguntungkan ini, sehingga sampai kepada peringkat berbunuhan. Mereka ini lebih digeruni dan ditakuti, melampaui ketakutan rakyat terhadap amaran kerajaan.

Selain dari tentangan luar ini, Kerajaan Amerika juga menghadapi masalah dalaman ada pegawai mereka yang turut bersubahat dalam penyeludupan dan menjadi talibarut gangster. Ada sesetengah mereka terpaksa kerana diugut melakukannya.

Lalu akhirnya, Kerajaan Amerika terpaksa tunduk kepada dosa arak yang merosakkan itu, kerana tidak mampu melawan kumpulan penjenayah dan juga orang mereka sendiri yang turut melakukan sabotaj terhadap usaha mereka itu. Sehingga kini, Amerika dan arak, berpisah tiada. Semuanya kerana tiada nilai agama dalam membanteras maksiat. Hanya agama yang akan menang menentang maksiat. 

PH dengan rasuah. Kisah PH lebih teruk berbanding dengan masalah Kerajaan Amerika di awal 1900-an itu dahulu. Pegawai Kerajaan Amerika, seperti yang dinyatakan, diugut oleh gangster untuk bersubahat.

Tetapi PH sungguh istimewa kerana  mereka dari awal lagi, mengambil perasuah yang sedang didakwa bagi menentang rasuah. Dalam Parlimen, mereka tiada berupaya untuk menyebut dosa rasuah ‘kawan’nya itu. Lalu kemudian, PH terpaksa menyebut-nyebut dosa kumpulan lain yang belum dibuktikan, sambil cuba melupakan dosa kawan mereka sendiri yang telah nyata dibuktikan.

Sama seperti Amerika, tiada ruh Islam dalam usaha menghapuskan jenayah yang Allah larang itu. Ia pasti akan gagal dan layu. Ia hanya untuk populis semata. Ia tiada berguna. Lihat judi yang mereka gagal hapuskan. Hanya bersembang lebat. Itupun menggunakan nama Anthony Loke dari DAP.

Begitulah…

Hoi, hoi ya hoi….

*Foto dari History Channel

MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 17/2/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -