Perluaskan sekolah tahfiz sains ke Lembah Klang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan dicadangkan memperluaskan model sekolah aliran tahfiz sains seperti yang terdapat di Kelantan dan Terengganu memandangkan ia mendapat sambutan menggalakkan ibu bapa.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, sekolah berkenaan boleh diperluaskan ke Lembah Klang memandangkan permintaan ibu bapa menghantar anak ke sekolah terbabit begitu tinggi.

Katanya, ramai ibu bapa dari Lembah Klang menghantar anak mereka belajar di sekolah tahfiz sains yang ada di Kelantan.

“Saya mencadangkan Kementerian Pendidikan memperluaskan sekolah aliran terbabit ke Lembah Klang bagi mengatasi masalah sekolah yang kekurangan murid sekarang.

“Difahamkan ada sekolah hanya terdapat 150 pelajar bagi satu sesi di Lembah Klang,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, berdasar data yang dikeluarkan kementerian terbabit sekarang terdapat 3,017 sekolah di seluruh negara yang kekurangan murid.

Ahmad Marzuk juga berkata, seolah tahfiz sains di Kelantan mendapat permintaan tinggi sehingga tidak dapat menampung jumlah permohonan pelajar.

Menjawab isu ini, Menteri Pendidikan Fahdlina Sidek berkata, pihaknya sedia mempertimbang apa yang dicadangkan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

“Saya menghargai keprihatinan ahli parlimen Pengkalan Chepa,” ujarnya.

Sekolah Tahfiz Sains di Kelantan dikendalikan Yayasan Islam Kelantan (YIK) diwujudkan sejak awal 1990-an. Sehingga sekarang 12 intitusi pendidikan dari luar Kelantan menggunakan kurikulum tahfiz sains YIK. – HARAKAHDAILY 16/2/23

- Advertisement -