Wujudkan mekanisme kesan sakit mental

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Suatu mekanisme perlu kerajaan wujudkan bagi mengesan simptom awal penyakit mental dalam kalangan remaja dan belia.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, mencadangkan perkara itu setelah melihat Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 yang menunjukkan seramai 4.2 juta atau 29.2 peratus penduduk di negara ini mengalami masalah mental.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan hampir separuh daripada semua jenis penyakit mental bermula seawal 14 tahun kerana tidak dapat dikesan untuk mendapat rawatan pada peringkat awal.

“Oleh sebab itu, saya ingin menekankan soal untuk mengesan pesakit-pesakit mental, terutama dalam kalangan remaja kita ini dalam suasana kehidupan hari ini yang menekan, harus ada satu usaha supaya akhirnya kita dapat mengurangkan jumlah pesakit mental,” katanya ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Ahmad Yunus melahirkan rasa cukup terkesan apabila baru-baru ini, terdapat laporan yang mengatakan di Hospital Selayang berlaku insiden yang tidak diingini apabila seorang pesakit mental menyerang pesakit biasa

Situasi itu, katanya memberikan kegusaran dan tekanan kepada pihak hospital dan pesakit lain, terutama dalam suasana yang begitu padat dengan pesakit pada ketika itu.

Sehubungan itu, kata kerajaan perlu memberi perhatian terhadap kejadian itu supaya tidak berulang lagi pada masa depan. – HARAKAHDAILY 15/2/23

- Advertisement -