Karnival Beautiful Terengganu dijangka tarik 100,000 pengunjung

Fadhli Yusof Zakaria
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Karnival Beautiful Terengganu 2023 yang berlangsung selama empat hari dijangka akan dihadiri lebih 100,000 pengunjung.

- Advertisement -

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Fadhli Yusof Zakaria berkata penganjuran karnival tersebut akan diadakan bermula 23 hingga 26 Februari di Padang Astaka, Kemaman.

Katanya, pelbagai pengisian menarik ditampilkan seperti pertunjukan kebudayaan, demonstrasi kebudayaan, pertunjukan bunga api, permainan rakyat dan sebagainya.

“Tidak ketinggalan juga, sesi ‘informative’ daripada lapan agensi yang berkaitan bagi mempamerkan keunikan dan kepelbagaian produk pelancongan yang terdapat di negeri ini.

“Lebih daripada 20 syarikat dan hotel bersedia untuk menawarkan harga yang sangat berpatutan, dan seramai 90 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) turut serta dalam karnival itu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian Ketika ditemubual di radio Manis FM bertempat di Konti Manis FM, Kuala Terengganu di sini.

Tambah Fadli, pihak pelancongan memilih daerah Kemaman kerana memastikan setiap daerah di Terengganu mendapat promosi dan publisiti yang sewajarnya.

Beliau berkata, penganjuran Karnival Beautiful Terengganu 2023 cukup bermakna kerana inilah platform yang baik untuk memperkenalkan Terengganu kepada pengunjung luar.

“Antaranya, makanan tradisional, kesenian, kebudayaan, seni warisan dan jenis-jenis permainan tradisional yang hampir di telan zaman.

“Di samping, mempromosikan produk serta perkhidmatan berkaitan sektor pelancongan yang terdapat di negeri ini,” jelasnya. – TRDI.my

- Advertisement -