Pengamal media PH gagal jawab, guna taktik kotor

Mardhiyah Johari
- Advertisement -

ALOR SETAR: Pengamal media khususnya ‘cybertrooper’ Pakatan Harapan (PH) dilihat cuba bermain kotor apabila pemimpin mereka dikritik.

- Advertisement -

Timbalan Ketua Pengarah Ameerah, Mardhiyah Johari berkata kerana gagal menjawab dengan hujah dan fakta, golongan terbabit menggunakan taktik kotor untuk mengekang kebebasan bersuara terutama dari penyokong PERIKATAN NASIONAL (PN).

“Dari pemimpin hingga ke penyokong bawahan, mereka cuba menghalang kebebasan bersuara, walaupun suara itu disandarkan kepada fakta,” kata beliau pada satu kenyataan, di sini.

Ujarnya, kejadian yang menimpa tiga ‘tiktokers’ wanita muda PN membuktikan ‘cybertrooper’ PH cuba ‘mendiamkan’ kritikan terhadap pemimpin mereka terutama yang berada di dalam kerajaan.

“Cybertrooper’ PH menggunakan bahasa yang kesat menyerang ‘tiktokers’ khususnya dari PN dengan tujuan ‘mendiamkan’ kritikan terhadap pemimpin mereka.

“Ini cara kotor. Sudahlah gagal menjawab dengan hujah dan fakta, mereka guna taktik kotor dan jijik,” tambahnya lagi.

Perbuatan itu katanya tidak ubah buli siber yang bersifat ‘sexual harrasment’ serta menghina fizikal ke tahap ugutan bunuh hanya kerana memberi kritikan berkenaan amalan nepotisme yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan PH-BN sekarang.

Malah budaya buli siber dari kalangan penyokong PH juga dilihat semakin keterlaluan terutama di era pasca Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Adakah kebebasan bersuara di era kerajaan sekarang ini disekat sedangkan kritikan tersebut bersandarkan kepada fakta.

“Namun dalam masa yang sama kita sendiri dapat melihat komen-komen lucah dari penyokong atau ‘cybertrooper’ PH divideo atau status penyokong PN terutama dari kalangan wanita,” tambahnya lagi.

Justeru soalnya, adakah insiden demikian sejajar dengan suasana madani yang mahu dibawa oleh Perdana Menteri, dicerminkan melalui watak penyokong-penyokong PH. – HARAKAHDAILY 14/2/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!