MP Sik kesal dihalang beri bantuan PIBG di sekolah

Ahmad Tarmizi Sulaiman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman kesal dihalang untuk masuk ke kawasan sekolah bagi tujuan memberi bantuan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk kegunaan sekolah.

- Advertisement -

Katanya, tindakan itu tidak selari dengan hasrat untuk bersama membangunkan sistem pendidikan di sekolah.

Beliau berkata demikian semasa mencelah perbahasan Titah Diraja oleh Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) di Dewan Rakyat, hari ini.

“Adakah Yang Berhormat Ledang mengetahui sekarang ini Kementerian Pendidikan (KPM) menghalang seluruh Ahli Parlimen Pembangkang untuk masuk memberi bantuan di sekolah-sekolah, termasuk sekolah saya di daerah Sik.

“Sebelum ini, sekolah-sekolah di Sik dapat bantuan daripada Ahli Parlimen berjumlah RM20,000 hingga ke RM30,000 untuk PIBG untuk kegunaan baik pulih kelas dan sebagainya.

“Hari ini kami hendak masuk, lepas pergi pagar sekolah pun tidak dibenarkan, jadi apa maksud hendak beri pendidkan yang luas kepada rakyat kita?” soalnya.

Justeru katanya, jika situasi sedemikian berlaku sukar untuk pihaknya membantu dalam membangunkan sistem pendidikan sekolah dan mangsa daripada tindakan itu tentunya adalah pelajar sekolah sendiri. – HARAKAHDAILY 14/2/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!