KUALA LUMPUR: Agenda pemilikan rumah bagi golongan kurang mampu dirangka dengan memberikan tumpuan kepada akses terhadap perumahan yang berkualiti dan mampu milik.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, baginda amat prihatin dengan keluh kesah dan kesusahan rakyat khususnya kumpulan B40 dalam aspek pemilikan rumah.
Agong bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15, di sini, pada hari ini.
“Ini sejajar dengan konsep Malaysia berdaya huni melalui penetapan hala tuju baru baharu pelaksanaan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang akan mengambil kira klarifikasi pendapatan isi rumah tahun 2020 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
“Dalam masa sama, meningkatkan kadar kelayakan maksimum pendapatan isi rumah bagi permohonan program perumahan rakyat,” titah baginda. – HARAKAHDAILY 13/2/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!