Jalan keluar menghadapi materialisme

- Advertisement -

PENELITIAN terhadap Surah al Kahfi memang mengasyikkan. 

Allah S.W.T menceritakan mengenai kisah tauke dua kebun yang beranggapan bahawa;

- Advertisement -

مَا أَظُنُّ أَن تَبِيدَ هَٰذِهِ أَبَدًا 

“Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya.” 

(Ayat 35)

Tenggelam dalam kebendaan (materialisme) yang akhir mengheret kepada isu aqidah:

وَمَا أَظُنُّ السَّاعَةَ قَائِمَةً وَلَئِن رُّدِدتُّ إِلَىٰ رَبِّي لَأَجِدَنَّ خَيْرًا مِّنْهَا مُنقَلَبًا

“Dan aku tidak fikir, hari kiamatkan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.”

(Ayat 36)

Setelah itu, kebun yang disangka kekal itu akhirnya terbukti tidak kekal. Musnah.

Kekayaan yang disangka kekal selama lamanya itu, akhirnya membungkus begitu sahaja. Maka, wajarkan kebendaan itu yang dikejar salam hidup ini?

Al-Kahfi diteruskan pula dengan memberi gambaran mengenai ‘rotation’ kehidupan dunia:

وَاضْرِبْ لَهُم مَّثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيمًا تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ مُّقْتَدِرًا 

“Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

(Ayat 45)

Ayat ini, dan beberapa ayat selepasnya, menggambarkan bahawa manusia itu perlu membebaskan diri daripada kehidupan yang terbelenggu dengan kebendaan.

Ia dimulakan dengan gambaran rotation kehidupan dunia. Bermula dengan pembenihan, tumbuh membesar, dan berakhir dengan ‘kekeringan’ yang ditiup angin.

Tiada yang kekal. Segalanya akan pergi. Maka, apa yang diperlukan oleh kita dalam hidup ini?

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا 

“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.”

 (Ayat 46)

Selepas itu, Allah S.W.T bentangkan mengenai kemusnahan alam. Segalanya tidak kekal.

Amal-amal soleh itulah yang diperlukan di akhirat kelak.

MUHAMMAD MUJAHID IR MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 13/2/2023

- Advertisement -