Gempa bumi: Peserta Liqa’ Fikri sumbang RM20,000

- Advertisement -

GOMBAK: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima kutipan derma daripada peserta Liqa’ Fikri untuk bantuan kemanusiaan mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

- Advertisement -

Kutipan derma berjumlah RM12,000 itu diserahkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad yang dilakukan selepas membentangkan kertas kerja pada Liqa’ Fikri di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), di sini hari ini. (Foto atas)

Sebelum itu, As-Sabiqun PAS Pusat melalui bendahari, Abdul Halim Hassan turun menyerahkan sumbangan sebanyak RM8,000 kepada Tuan Guru untuk bantuan kemanusiaan yang sama.

Jumlah keseluruhan kutipan derma diperolehi sebanyak RM20,000 itu akan diserahkan kepada Pengarah PASRelief, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah yang turut hadir pada Liqa’ Fikri.

PASRelief menyalurkan bantuan awal RM100,000 melalui Pusat Koordinasi Bantuan Antarabangsa bertempat di Bascule Plaza, Istanbul.

PASRelief menyasarkan RM1 juta kutipan untuk bantuan kemanusiaan mangsa gempa bumi tersebut. – HARAKAHDAILY 11/2/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!