Ronaldo mengganas, jaringkan 4 gol untuk Al Nassr

Aksi Ronaldo ketika mewakili Al Nassr. - REUTERS
- Advertisement -

Cristiano Ronaldo menjaringkan empat gol untuk Al Nassr dalam Liga Pro Saudi, semalam, sekali gus jumlah gol sepanjang kerjayanya ketika mewakili pelbagai kelab melepasi melepasi angka 500.

- Advertisement -

Pemain antarabangsa Portugal itu yang menyambut ulang tahun ke-38, Ahad lalu, seperti tidak dapat dihalang ketika Al Nassr bertandang ke Al Wehda, menjaringkan empat gol dalam masa 30 minit yang membolehkan kelabnya menang selesa 4-0.

Ronaldo kini menjaringkan 503 gol liga untuk lima kelab di lima liga negara berbeza. Dia menjaringkan 103 untuk Manchester United, 311 bersama Real Madrid, 81 untuk Juventus dan tiga untuk Sporting Lisbon serta setakat ini, lima untuk Al Nassr.

Pemenang Ballon D’Or lima kali itu menandatangani perjanjian 2-1/2 tahun dengan Al Nassr pada Disember lalu, dilaporkan bernilai lebih 200 juta Euro dan dilantik sebagai kapten pasukan.

Al Nassr mendahului kedudukan selepas 16 perlawanan, berkongsi mata dengan 37 mata dengan Al Shabab di tempat kedua. – REUTERS