Man United, Palace didakwa kerana pemain bergaduh

Pengadil cuba meleraikan pemain Manchester United dan Crystal Palace yang bergaduh.
- Advertisement -

Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris mendakwa Manchester United dan Crystal Palace berikutan “konfrontasi besar-besaran” membabitkan pemain kedua-dua kelab ketika perlawanan Liga Perdana, minggu lalu.

- Advertisement -

Insiden itu berlaku pada minit ke-67 dalam perlawanan di Old Trafford yang dimenangi United 2-1. Pemain Manchester United, Casemiro dilayangkan kad merah berikutan kekasaran terhadap Will Hughes dalam kekecohan yang membabitkan pemain kedua-dua bergasak selepas terjahan ke atas Antony.

“Kedua-dua kelab didakwa gagal memastikan pemain mereka berkelakuan sepatutnya dan/atau mengelak daripada melakukan provokasi,” kata FA dalam satu kenyataan, semalam.

“Manchester United juga didakwa gagal memastikan pemainnya mengelak daripada melakukan keganasan,” tambahnya.

Kedua-dua kelab mempunyai tempoh sehingga 13 Februari untuk menjawab tuduhan terbabit. – REUTERS

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!