Wanita dan lelaki sejati Kanada

- Advertisement -

KERAJAAN Kanada telah meluluskan Akta Hak Asasi Gender ke-3, setiap hari wanita dan gadis terasa terancam dengan kewujudan kumpulan itu. 

Kenapa? Telah berlaku kecelaruan yang mengganggu hak asasi mereka sebagai wanita dan gadis. 

Di mana maruah, keadilan dan keselamatan mereka dalam menguruskan kehidupan di dalam sebuah negara maju mula tergugat kerana kecelaruan untuk pengenalan jantina sudah tidak diketahui terutama sekali berada di tempat awam. 

Bayangkan kalau tempat awam seperti tandas boleh dikongsi oleh pelbagai jantina yang celaru itu. 

Bukan saja wanita dan gadis tetapi lelaki yang sejati pun mula terancam. 

Wanita sejati dan lelaki tulen jadi takut akibat tekanan gender ke-3. Masyarakat juga jadi takut akibat dari kecelaruan gender

Kehidupan bebas, hedonism dan tanpa segan silu melakukan maksiat, sudah jadi normalisasi baru. 

Apabila anggota kesihatan cuba menegur dan perjuangkan hak wanita sejati mahupun lelaki sejati, mereka pula dikenakan tindakan disiplin oleh kerajaan. 

Kononnya melanggar Akta Kebebasan Hak Gender ke-3, yang diluluskan sejak 2017 lagi. 

Kisah Nurse Amy Hamm dan Pakar Psikologi Klinikal Jordan Peterson patut jadi iktibar kita semua. 

Doakan negara kita tidak menjejaki langkah Barat yang sehasta demi sejengkal menuju zaman kerosakan generasi! 

Kisah Amy Hamm ini bermula apabila beliau yang tegar memperjuangkan hak wanita di dalam media sosial kerana melihat kecelaruan gender yang berlaku dalam masyarakat di Kanada. 

Kelantangan beliau itu tidak melibatkan perawatan pesakit di hospital tempat beliau berkhidmat pun. 

Tidak ada pun berlaku diskriminasi dalam perawatan yang dilakukan oleh beliau.

Tetapi beliau lantang meletakkan posisi wanita yang sebenar. 

Beliau pertahankan hak wanita serta tidak perlu wujudnya golongan gender ke-3. 

Maka di sinilah tercetusnya ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat yang memang hampir 75 peratus menyokong kewujudan jantina berlainan biologi itu. 

Akibat disaman oleh pihak yang membenci beliau, maka beliau menubuhkan satu pertubuhan untuk menyuarakan hak asasi dan memperjuangkannya. 

Beliau adalah pengasas Pertubuhan Wanita Berasaskan Bangsa Seks (Canadian Women Sex Based Race). 

Beliau berjuang menyatakan kebenaran bahawa biologi wanita itu adalah wanita, tidak perlu ditukar ganti ataupun diubah kepada ‘bangsa’ seks lain. 

Kumpulan mereka membawa suara kepada Kerajaan Kanada supaya diwujudkan hak asasi dan perlindungan terhadap ‘bangsa seks yang tulen’ itu. 

Suara itu terpaksa diutarakan kerana kesan daripada Akta C-16 yang iktiraf LGBT pada tahun 2017 lalu.

Akar kepada isu ini adalah pengiktirafan kepada golongan LGBT dan MSM. 

Usaha-usaha untuk mengiktiraf kumpulan ini sudah pun mula berputik sejak sekian lama. 

Sedikit demi sedikit jarum halus mereka diserap ke dalam fikiran masyarakat untuk meliberalkan dan menormalisasikan orientasi seks sumbangan mereka itu. 

Di Universiti Kanada sudah ada program pemberian percuma pil perancang dan kondom kepada pelajar-pelajar mereka. 

Mereka tanpa segan silu boleh mengambil di kaunter-kaunter pejabat universiti malah boleh dipos melalui surat. 

Aplikasi mudah alih dibina bagi memudahkan lagi rakyat yang ingin melakukan kerja-kerja maksiat itu tanpa sebarang halangan. 

Bagi kita melakukan hubungan seks bebas itu adalah satu perbuatan maksiat dan membawa dosa. 

Bagi mereka perbuatan itu sudah jadi normal, cuma perbuatan itu perlu dibuat dengan cara selamat dalam erti kata ia perlu bebas dari jangkitan penyakit kelamin seperti HIV dan seumpama dengannya. 

Pemberian ubat cegah HIV (PrEP) juga diluluskan oleh kerajaan sejak 2018 lagi. 

Ini adalah usaha mereka untuk mengurangkan kes HIV dalam negara mereka yang meningkat. 

Mereka tahu bahawa perlakuan seks sumbang itu adalah punca kepada HIV, tetapi oleh kerana dukungan dan sokongan serta kefahaman masyarakat sudah pun dineutralkan maka ianya dianggap seperti tidak bersalah dan berdosa. 

Perkembangan terbaru yang menambahkan lagi celaru adalah lembaga sekolah mereka benarkan murid darjah 6 untuk menukar jantina asal mereka tanpa memberitahu dan persetujuan ibu-bapa. 

Penulisan ini dibuat semata-mata ingin memberi kesedaran kepada kita semua untuk rasa bimbang dan berhati-hati agar budaya tersebut tidak menyerap dalam negara kita. 

Tanpa kita ketahui bahawa jarum-jarum halus sudah pun memasuki negara kita oleh gelombang yang begitu besar ke arah menormalisasikan LGBT. 

‘Saya bukannya nak jadi Holier Than Thou. Bukan juga nak jadi Ulamak Instant.’

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 8/2/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -