Piala Dunia 2030: Empat negara Amerika Selatan bida bersama

Pelancaran bidaan empat negara Amerika Selatan untuk menganjurkan Piala Dunia 2030.
- Advertisement -

Empat negara Amerika Selatan, Argentina, Chile, Paraguay dan Uruguay secara rasmi mengemukakan bidaan bersama untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030 dengan menggesa kejohanan itu kembali ke “tempat kelahiran bola sepak” 100 tahun selepas Piala Dunia pertama diadakan di Montevideo.

- Advertisement -

Ketika majlis di Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA), pegawai empat negara berkenaan yang disertai oleh Presiden Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL), Alejandro Dominguez, yang berharap FIFA dapat menunjukkan isyarat kehebatan terhadap wilayah itu dengan membenarkan negara berkenaan menganjurkan kejohanan itu.

“Piala Dunia 2030 bukan sekadar satu lagi Piala Dunia, ia patut disambut dengan pengiktirafan terhadap 100 tahun,” kata Dominguez.

“Kami yakin FIFA mempunyai kewajipan untuk menghormati memori mereka yang datang sebelum kami dan percaya pada kehebatan yang menjadikan Piala Dunia pertama.”

Presiden AFA, Claudio Tapia, menambah: “Sebagai juara dunia, kami melaksanakan pelancaran ini yang menjadi impian semua rakyat Amerika Selatan. Bukan sahaja pada usia 100 tahun edisi pertama, tetapi kerana keghairahan kami terhadap bola sepak.”

Presiden Argentina, Alberto Fernandez, membuat kenyataan di akaun Twitter rasminya dengan mengatakan bahawa Bolivia akan diminta untuk menyertai “mimpi itu.”

Selepas edisi pertama di Uruguay, Argentina menjadi tuan rumah Piala Dunia pada 1978 dan Chile pada 1962, manakala Paraguay tidak pernah menjadi tuan rumah pertandingan terbesar sukan itu.

Bidaan Amerika Selatan akan bersaing dengan Sepanyol-Portugal, yang telah menandatangani perjanjian bidaan bersama, serta kemungkinan bidaan 2030 dari Maghribi dan Arab Saudi. – REUTERS

- Advertisement -