Market Kg Berjaya dan orang Alor Setar

- Advertisement -

ORANG Alor Setar mesti tahu Market Kampung Berjaya.

Market Kampung Berjaya ini terkenal dengan Pasar Karat hari Jumaat. Hari-hari lain depa beroperasi macam biasa cuma tak ramai macam hari Jumaat.

Selain orang duk jual ikan, sayur dan ayam, banyak juga port menyerok (sarapan) sempoi punya. Menu rahmah duk ada tang ni awal lagi sejak dulu-dulu. Banyak menu, tak payah risau.

Peniaga di sini terdiri daripada pelbagai kaum, ada yang dah 40 tahun berniaga cari makan di sini.

Antara orang lama di sini pak cik Nuqshahbandi. Berniaga tembakau sejak 40 tahun dulu. Dulu berniaga naik beca roda 3, sampai hari ini masih berniaga dengan beca yang sama.

Seorang lagi, Uncle Chong Sia Chu. Dari umur awal 30-an berniaga ikan kering dan ikan bilis. Lani, umur dah mencecah usia 76, masih berniaga bersama isteri. 

Alhamdulillah, program hari ini memberikan banyak input kepada saya untuk melihat ruang-ruang untuk terus membantu warga Parlimen Alor Setar. 

Insya-Allah, sama-sama kita jaga dan bangunkan Alor Setar sehingga menjadi bandaraya tempat orang susah tumpang berteduh dan tempat orang kaya menabur bakti. 

YB USTAZ AFNAN HAMIMI 
Ahli Parlimen Alor Setar – HARAKAHDAILY 8/2/2023

- Advertisement -
- Advertisement -