Kalau nak siasat, siasat semua – Nik Amar

Dato' Mohd Amar Abdullah
- Advertisement -

KOTA BHARU: Tindakan kerajaan menyiasat akaun Bersatu seakan tindakan mahu membalas dendam terhadap PERIKATAN NASIONAL (PN) ekoran kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, pembekuan akaun itu akan menyukar parti terlibat bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Bagaimanapun katanya PAS terbuka sekiranya pihak berkuasa mahu melakukan siasatan ke atas akaun parti itu kalau ada keperluan dan berdasar tuntutan undang-undang.

“Kami akan memberi kerjasama asalkan siasatan itu tiada sebarang unsur politik dan selektif. Kita bersedia sekiranya ada keperluan undang-undang namun kita harap semua tindakan itu tidak bermotif politik.

“Ini kerana kalau bercakap soal wang, semua parti menerima sumbangan. Tiada parti yang boleh hidup dengan sendiri.

“Kalau nak siasat, siasat semua dan kalau ada kesalahan perlu ambil tindakan undang-undang,” katanya yang juga Timbalan Memnteri Besar Kelantan ketika ditemui di pejabatnya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Baru-baru ini Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membeku beberapa akaun milik Bersatu atas dakwaan berlaku penyewengan dana pakej rangsangan ketika pandemic Covid-19.

Manakala blogger terkenal Raja Petra pula mendakwa PH dan BN membelanja wang secara luar biasa ketika kempen PRU15.

Ketika kempen PRU14 PAS pernah dituduh menerima dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM90 juta, namun selepas siasatan dilakukan SPRM dakwaan tersebut didapati tidak berasas.

Pada 24 Februari 2019 media melaporkan SPRM mengesahkan tiada kemasukan dana 1MDB ke dalam akaun PAS seperti yang didakwa pemimpin Pakatan Harapan. – HARAKAHDAILY 8/2/2023

- Advertisement -