Anwar kembali ke WTC: Mungkinkah kekal di sana?

- Advertisement -

MENGIKUT laporan The Star Online Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka ke Ibu pejabat Umno di WTC malam bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Ikut rekod sejak beliau ditendang keluar dari Umno pada 3 September 1998 dulu inilah kali pertama sejak 25 tahun Anwar kembali ke sana. Bagaikan sirih pulang ke gagang.

Tetapi Anwar hari ini bukan lagi ditendang malah dijulang dan dijunjung oleh Umno. Jika tidak kerana Anwar Umno yang cuma menang 26 kerusi Parlimen itu tidak akan merasa duduk dalam kerajaan, Presidennya (anak murid setia) menjadi Timbalan Perdana Menteri walau berhadapan pelbagai kes di mahkamah.

Ramai gembira tapi ramai juga yang bimbang. Bimbang Umno nasibnya seumpama Pak Kadok nanti menang sorak kampung habis tergadai.

Anwar pergi 25 tahun dahulu penuh dengan dendam. Diaib dimalukan tapi hari ini diraikan bagai pengantin. Anwar cukup licik.

Sahabat saya seorang bekas Menteri Besar Umno memaklumkan tidak mustahil dalam keadaan tenat begini Umno nanti bakal menyertai PKR dan Anwar kembali sebagai Presiden. Itulah kemuncak pencapaian politik Anwar.

Fikir-fikirlah kawan-kawan dalam Umno. PAS tidak pernah mahu merampas takhta Umno, tapi berlainan Anwar, dendamnya lama membara dan kini  bakal tertebus. Tahniah anak muridku.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 8/2/2023

- Advertisement -
- Advertisement -