Pilihan raya: Penyata akaun setiap parti wajar disiasat

Ustaz Mohd Ridzuan Hashim.
- Advertisement -

ARAU: Penyata akaun setiap parti yang bertanding pada pilihan raya wajar disiasat bagi mengetahui sumber kewangan mereka.

- Advertisement -

Naib Yang Dipertua PAS Arau, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim berkata, untuk lebih adil dan saksama pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) wajar melakukan siasatan terhadap semua penerima dana.

“Parti yang bertanding dalam pilihan raya sudah tentu memerlukan dana yang banyak sepanjang tempoh berkempen.

“Ia termasuk perbelanjaan seperti edaran poster, persiapan ceramah, iklan, sistem audio dan sebagainya,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, bagi PAS umum mengetahui punca dana parti berkenaan sudah tentu datang dari para penyokong dan pendokong parti tersebut.

“Bagi kita PAS memang semua sudah tahu dan ada  yang menggelar kita sebagai parti tin milo kerana di setiap ceramah atau program pasti akan mengumpul dana dari ahli parti.

“Sebab itu kita tidak risau dan sentiasa membuka pintu untuk SPRM menjalankan kerja mereka,” katanya.

Terdahulu, pihak SPRM sedang memulakan siasatan terhadap BERSATU dan meneliti sumber dana pilihan raya parti tersebut. – HARAKAHDAILY 7/2/2023

- Advertisement -