Pilihan dan kehendak: Daripada dirimu atau Allah?

- Advertisement -

APA yang berlaku ke atas dirimu dengan pilihan dan kehendakmu, maka ia akan dipertanggungjawabkan ke atasmu oleh Allah. Baik dibalas baik. Buruk dibalas buruk.

Apa yang berlaku ke atas dirimu tanpa pilihan dan kehendakmu, maka ia adalah pilihan dan kehendak Allah untukmu. 

Pilihan dan kehendak Allah ke atas dirimu tersebut hakikatnya adalah pintu bermulanya pilihan dan kehendakmu ke atas dirimu. 

Jika engkau memilih syukur atau sabar di atas pilihan-Nya itu, maka itulah pilihan dan kehendakmu. Ia adalah pilihan yang baik daripadamu untukmu. Baik pasti dibalas baik.

Jika pula engkau memilih kufur atau buruk sangka terhadap pilihan-Nya, maka itu adalah pilihan dan kehendakmu jua. Ia adalah pilihan yang buruk daripadamu untukmu. Buruk pasti dibalas buruk.

Sama ada engkau yang memilih untuk dirimu atau Allah yang memilihnya, engkau tetap akan dipertanggungjawabkan dengan apa sahaja yang berlaku ke atas dirimu.

Dirimu tidak akan terlepas daripada pilihanmu sendiri. Keadilan Allah kekal tertegak.

Justeru berimanlah bahawa ujian kehidupan adalah 24 jam tanpa henti. Rahmat dan kasih sayang Allah pula adalah 25 jam.

USTAZ NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 7/2/2023

- Advertisement -
- Advertisement -