Masjid Kariah Balok aktif jaga kebajikan warga

- Advertisement -

PERHATIAN berterusan Badan Kebajikan Masjid Qariah Balok kepada warga memerlukan.

Setahun beberapa kali juga badan ini menyediakan sumbangan kepada keluarga asnaf dan B40 sekitar Balok. 

Keperluan dapur, barang basah dan bantuan persekolahan antara yang disediakan. Secara purata antara 50 ke 70 keluarga menerima sumbangan yang diagihkan pada setiap sesi.

Saya percaya masjid dan surau lain turut aktif melaksanakan program dan aktiviti seumpama.

Petang semalam satu lagi sesi penyampaian sumbangan diadakan bertempat di pekarangan rumah Tuan Imam Masjid Qariah Balok sendiri, Ust Abd Rahman atau lebih mesra dikenali sebagai Imam Man. 

Seramai 60 keluarga disampaikan sumbangan barangan dapur untuk keperluan harian. 

Saya dijemput dalam sesi ringkas tersebut untuk menyampaikan sumbangan kepada para penerima. 

Syabas dan terima kasih kepada Badan Kebajikan Masjid Qariah Balok atas daya usaha terpuji yang berterusan ini. 

Usaha sebegini bukan sahaja dapat mengangkat peranan dan wibawa institusi masjid, malah juga mendekatkannya dengan masyarakat.

YB ANDANSURA RABU
ADUN Beserah – HARAKAHDAILY 7/2/2023

- Advertisement -