Erdogan isytihar berkabung tujuh hari di Türkiye

Gambar fail Erdogan dalam sidang media di pusat penyelarasan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD) di Ankara, Turki pada 6 Feb 2023. (FOTO: Pejabat Akhbar Presiden/edaran melalui REUTERS)
- Advertisement -

ANGKARA: Türkiye mengisytiharkan tujuh hari berkabung selepas negara itu dilanda dua gempa bumi di 10 wilayah tenggara bermula Isnin (6 Feb) menyebabkan jumlah mangsa yang maut melebihi 2,379 orang terbunuh dan 14,483 cedera.

- Advertisement -

Presiden, Recep Tayyip Erdogan berkata melalui Twitternya, bendera negara itu akan dinaikkan separuh tiang sehingga matahari terbenam pada Ahad (12 Feb) di semua perwakilan tempatan dan luar negara, lapor Anadolu Agency.

Pada awal pagi Isnin, gempa bumi 7.7 menggegarkan Kahramanmaras dan menggegarkan beberapa wilayah jiran dengan kuat, termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis.

Kemudian, pada 13.24 malam (1024GMT), gempa bumi berukuran 7.6 magnitud turut berpusat di Kahramanmaras melanda wilayah itu.

Selepas gempa bumi  itu, koridor bantuan udara telah dicipta oleh Angkatan Tentera Turki untuk menghantar pasukan mencari dan menyelamat ke wilayah itu.

Menteri Pertahanan Turkiye, Halusi Akar berkata pihaknya telah menggerakkan pesawat untuk menghantar pasukan perubatan, pasukan mencari dan menyelamat, dan kenderaan  ke zon gempa bumi. 

“Kami telah memaksimumkan kesediaan pesawat kami untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang diperlukan.

“Sebuah kapal pengangkut anggota tentera laut akan berlabuh di pelabuhan Iskenderun di Hatay lewat malam untuk membawa mereka yang cedera ke hospital di wilayah Mersin, kira-kira 140 kilometer di barat Türkiye ,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/2/2023

- Advertisement -