GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bimbang berikutan tidak ada berita dari kawasan tertentu di Turkiye susulan gempa bumi yang mengorbankan ratusan penduduk.
“Pihak berkuasa negara kini memberi tumpuan kepada kerja mencari dan menyelamat,” kata jurucakap WHO kepada Reuters dalam satu kenyataan.
Katanya, WHO menjangkakan peningkatan keperluan untuk penjagaan trauma untuk merawat yang cedera dan untuk menyokong keseluruhan sistem kesihatan di kawasan yang terjejas.
Gempa bumi kuat dengan magnitud 7.8 melanda tengah Turki dan barat laut Syria, meruntuhkan bangunan dan mencetuskan pencarian mangsa yang terselamat di dalam runtuhan.
Gempa itu yang melanda dalam kegelapan awal pagi musim sejuk, turut dirasai di beberapa negara berdekatan seperti Cyprus dan Lubnan. – REUTERS
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!