Teras pendidikan agama jadi tarikan PASTI

- Advertisement -

KOTA BELUD: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kota Belud bertapak sejak tahun 1990-an di mana sehingga sekarang melahirkan ramai pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang dan kerjaya.

- Advertisement -

Pegawai Tadbir Agama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Kota Belud Surayah Sailin berkata, ramai ibu bapa memilih menghantar anak ke PASTI yang menyediakan pendidikan terbaik untuk anak-anak.

Katanya PASTI mendidik anak-anak usia empat hingga enam tahun untuk mengenal agama bagi melahirkan anak yang soleh dan solehah, cintakan masjid serta berjaya dunia akhirat.

“Teras pendidikan tersebut membolehkan PASTI semakin diterima masyarakat.

“Lagi pun ibu bapa tidak perlu risau selepas PASTI ada Sekolah Rendah Integrasi Tunas Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Tunas Islam (SMITI) yang meneruskan legasi pendidikan PASTI,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Prestasi PASTI Kawasan Kota Belud semalam.

Turut hadir Pengerusi PASTI Kota Belud, Abdul Jabar Ahmad Zahid dan Mudirah SRITI Kota Belud, Masnah Massuana. – HARAKAHDAILY 6/1/23

- Advertisement -