Huru-hara runtuhan salji landa Alps, 9 maut

Helikopter polis serta pasukan mencari dan menyelamat di tapak runtuhan salji di Spiss, Ausria.
- Advertisement -

FRANKFURT: Sembilan orang maut dalam beberapa kejadian runtuhan salji di Austria dan Itali pada hujung minggu lalu, ketika salji tebal dan cuti sekolah menarik ramai pemain ski ke pergunungan Alps.

- Advertisement -

Beberapa mangsa maut ketika bermain ski di kawasan yang tidak bertanda walaupun diberi amaran mengenai risiko runtuhan salji yang tinggi.

Semalam, seorang pemandu jentera pembersih salji di Tirol Timur, Austria, ditemui mati selepas kenderaan dihanyutkan runtuhan salji. Di Oetztal, seorang pemain ski China berusia 32 tahun meninggal dunia, manakala di Zillertal, seorang remaja 17 tahun dari New Zealand maut dan di Kleinwalsertal, seorang lelaki Jerman berusia 55 tahun yang hilang sejak Jumaat lalu ditemui mati.

Lebih sedozen runtuhan salji dilaporkan berlaku di wilayah Tirol di Austria sahaja dan pihak berkuasa telah menetapkan tahap amaran pada skala empat daripada lima dan menggesa pengunjung berhati-hati.

Seorang wanita Jerman berusia 31 tahun terbunuh pada di wilayah Tirol, Selatan Itali, Sabtu lalu apabila salji runtuh pada ketinggian 2,200 meter berhampiran Limo Pass, iaitu kira-kira 80 kilometer ke timur Bolzano, lapor agensi berita DPA.

Usaha menyelamat menghadapi masalah berikutan angin kencang selaju120 kilometer sejam; mayatnya ditemui di bawah 2.5 meter runtuhan salji. Seorang lagi wanita yang bermain ski bersamanya terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

Mangsa lain Sabtu lalu, termasuk seorang jurupandu ski berusia 29 tahun dan tetamu lelakinya berusia 33 tahun yang tidak bermain ski di laluan yang disediakan. Runtuhan salji menimpa mereka di St Anton di Austria, manakala di Kaunertal, seorang lelaki berusia 62 tahun terbunuh oleh satu lagi runtuhan salji. – AP

- Advertisement -