ATHENS: Empat pendatang, termasuk tiga kanak-kanak, maut selepas bot yang mereka naiki karam berhampiran Pulau Leros di tenggara Laut Aegean, semalam.
Advertisement
Pengawal pantai Greece berkata, mereka menemui mayat seorang wanita dan menyelamatkan sekurang-kurangnya 39 pendatang yang mereka dakwa belayar dari Turkiye.
Tiga kanak-kanak itu meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital, manakala kewarganegaraan pendatang belum diketahui.
Greece, Sepanyol dan Itali merupakan antara pintu masuk utama ke Kesatuan Eropah bagi pelarian dan pendatang dari Asia Barat, Afrika dan Asia.
Kebanyakan pencari suaka dipercayai menyeberang ke Greece dari negara jiran, Turkiye. – REUTERS