Pulau Tenggol, Bidong diwartakan Taman Negeri Marin

- Advertisement -

SETIU: Pulau Tenggol dan Pulau Bidong bakal diwartakan sebagai Taman Negeri Marin pada tahun ini.

- Advertisement -

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, penambahan dua taman negeri itu akan meningkatkan lagi jumlah keluasan kawasan yang dilindungi.

“Ia akan diletakkan di bawah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) yang bertanggungjawab mengurus serta mengawal selia seluruh taman di negeri ini.

“Kedua-dua pulau tersebut akan dijadikan sebagai kawasan konservasi bagi memelihara dan memulihara flora dan fauna yang sedia ada,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sambutan World Wetlands Day 2023 bertempat di Jeti Gong Batu, Setiu di sini semalam.

Tambah Tengku Seri Bijaya Raja, 10 ekosistem sekitar Setiu Wetlands perlu dipelihara bagi kelangsungan manfaat komuniti serta menstabilkan perubahan iklim.

“Pulau Tenggol diwartakan di kawasan daratan sahaja manakala Pulau Bidong pula diwartakan keseluruhan kawasan daratan serta perairan satu batu nautikal dari gigi air surut.

“Kawasan tanah bencah pula mempunyai nilai yang tinggi sekiranya dipelopori secara berkesan dan berterusan, dengan aktiviti komersial dan sebagainya,” katanya.

Untuk rekod, Pulau Tenggol merupakan dive spot pilihan komuniti bagi diver dengan adanya Penyu Yu.

Manakala, Pulau Bidong pula adalah pulau bersejarah yang dahulunya merupakan pulau yang menjadi penempatan bagi pelarian Vietnam.

Di samping, terdapat tinggalan orang vietnam yang pernah duduk di situ suatu ketika dahulu. – TRDI.my

- Advertisement -