Norway tempah 54 kereta kebal baharu buatan Jerman

Keretan kebal Leopard 2 buatan Jerman yang digunakan kebanyakan negara NATO.
- Advertisement -

OSLO: Norway akan memesan 54 kereta kebal Leopard 2 baharu buatan Jerman untuk tentera negara itu dari Kumpulan Krauss-Maffei Wegmann dan akan mempunyai pilihan untuk membeli 18 kereta kebal lagi pada masa depan.

- Advertisement -

“Kami memastikan Norway mempunyai kereta kebal yang sama seperti jiran Nordic kami dan kebanyakan sekutu utama NATO,” kata Perdana Menteri, Jonas Gahr Stoere.

“Ini mengukuhkan lagi hubungan kami dengan Jerman,” tambahnya.

Anggota Nordic NATO, Norway berkongsi sempadan Artik sepanjang 196 kilometer dengan Rusia, sebelum ini merancang membeli, sama ada kereta kebal Leopard 2 A7 buatan Jerman atau K2 Black Panther keluaran Korea Selatan yang dibuat oleh Hyundai Rotem.

Pada mulanya, Norway mahu membeli 72 kereta kebal, tetapi dalam tempoh beberapa bulan lalu, jumlah pembelian dikurangkan selepas ketua angkatan tentera negara itu berpandangan supaya lebih banyak dana diperuntukkan untuk pembelian helikopter, dron dan artileri jarak jauh. – REUTERS

- Advertisement -