Jawatan Penasihat Kewangan PM sangat prestasi tinggi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Skop kerja Penasihat Kewangan dan Ekonomi Perdana Menteri (PM) sangat besar kerana melibatkan penggubalan polisi serta dasar ekonomi negara.

- Advertisement -

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata, ia melibatkan pelbagai segmen termasuk pelaburan, kewangan, hartanah dan pertanian.

“Saya fikir tidak boleh seorang penasihat sahaja tetapi mesti komprehensif daripada pelbagai golongan.

“Negara mempunyai pelbagai institusi tinggi yang mana ada ramai golongan intelektual dan ilmuwan dalam kalangan profesor yang boleh merumuskan hal ehwal ekonomi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Bicara Harakah yang disiarkan secara langsung di Facebook, Youtube dan Tiktok Harakah. Program tersebut dihoskan Hezry Yasin.

Baru-baru ini Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui anaknya Nurul Izzah dilantik secara pro bono sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri.

Menurut pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut dianggap suatu kejanggalan kerana ia memberikan imej yang kurang baik terhadap Perdana Menteri.

Mohd Zai juga berkata, jawatan terbabit sangat berprestasi tinggi iaitu memberi nasihat kepada Perdana Menteri.

Menurutnya penasihat kepada perdana menteri khususnya dalam sektor ekonomi dan kewangan memerlukan seseorang yang berkelayakan dan berpengalaman luas daripada segenap sektor. – HARAKAHDAILY 4/2/2023

- Advertisement -