Akhirnya Ronaldo jaringkan gol untuk Al Nassr

Gol Cristiano Ronaldo pastikan Al Nassr raih satu mata.
- Advertisement -

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pertamanya untuk Al Nassr melalui sepakan penalti untuk memberikan keputusan seri 2-2 di Al Fateh dalam perlawanan Liga Pro Saudi yang mendebarkan, semalam.

- Advertisement -

Pemain antarabangsa Portugal berusia 37 tahun itu, pemenang Ballon D’Or lima kali, menyempurnakan sepakan dalam masa kecederaan, setelah gagal menjaringkan gol pada penampilan sulungnya bulan lalu.

Ronaldo menandatangani perjanjian 2-1/2 tahun dengan Al Nassr pada Disember lalu, dilaporkan bernilai lebih 200 juta Euro (RM922 juta) dan dilantik sebagai kapten sejurus selepas ketibaannya.

Al Nassr kini berada di kedudukan teratas liga selepas 15 perlawanan, menyamai 34 mata dengan Al Shabab di tempat kedua. Perlawanan seterusnya ialah menentang Al Wedha, Khamis depan. – REUTERS

- Advertisement -