Terlewat 18 saat gagalkan Barcelona miliki Araujo

FIFA akan tentukan nasib Julian Araujo.
- Advertisement -

Barcelona terlepas peluang mendapatkan pemain pertahanan LA Galaxy, Julian Araujo, pada hari terakhir perpindahan kerana lewat 18 saat untuk mendaftarkan kertas kerja pemilikan pemain berkenaan.

- Advertisement -

Pengarah bola sepak kelab itu, Mateu Alemany, berkata pihaknya cuba menandatangani pemain berusia 21 tahun itu dengan harga AS$6.5 juta dalam perjanjian sehingga 2026.

“Bagaimanapun, kami tidak dapat mendaftar kerana kesalahan sistem, ia hanya 18 saat, kami akan lihat apa yang FIFA katakan,” kata Alemany, sehari selepas perpindahan pemain ditutup.

Barcelona tidak membuat sebarang pembelian utama pada Januari, manakala pemain sedia ada, Hector Bellerin dilepaskan ke Sporting Lisbon dan Memphis Depay menyertai Atletico Madrid.

Barcelona mendahului La Liga dengan 50 mata, lapan mata di hadapan Real Madrid, yang bermain kurang satu perlawanan. – REUTERS

- Advertisement -