Pentagon dakwa belon pengintip China berada di ruang udara AS

- Advertisement -

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesan belon pengintip yang disyaki milik China berada di ruang udara di negeri Montana, menurut Pentagon pada Khamis.

- Advertisement -

Menurut Pentagon pihaknya sedang menjejaki trajektori belon itu dan mengesahkan bahawa ia masih berada di ruang udara di wilayah itu.

Jabatan Pertahanan AS berkata sedang mempertimbangkan untuk menembak jatuh belon itu tetapi memutuskan tidak berbuat demikian kerana bimbang serpihannya akan membahayakan orang awam, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Insiden sama pernah berlaku sebelum ini, namun kali ini belon itu dilihat kekal berada di ruang udara wilayah AS lebih lama berbanding biasa.

Menurut Pentagon, belon itu tidak mendatangkan bahaya kepada pesawat.

AS sedang berhubung dengan pihak China berhubung kejadian itu. – BERNAMA

- Advertisement -