Micronesia sambung pakatan keselamatan dengan AS

Presiden Micronesia, David Panuelo
- Advertisement -

TOKYO: Micronesia berhasrat untuk menandatangani melanjutkan pakatan ekonomi dan keselamatan dengan Amerika Syarikat (AS).

- Advertisement -

Presiden David Panuelo, berkata perjanjian itu penting dalam usaha Washington untuk menentang pengaruh China di rantau itu.

Micronesia adalah antara tiga negara kepulauan Pasifik yang mempunyai hubungan khas dengan AS apabila membenarkan Washington mempunyai akses eksklusif ke ruang udara dan perairan wilayah itu sebagai pertukaran mendapatkan bantuan kewangan.

“Pasukan rundingan kami sebenarnya akan berada di (Washington) DC tidak lama lagi dengan kedua-dua kerajaan mungkin akan menandatangani MoU untuk melanjutkan peruntukan ekonomi selama 20 tahun lagi,” kata Panuelo kepada wartawan ketika melawat Jepun. – REUTERS

- Advertisement -