IJTIHAD berbeza berdasarkan waqi’ atau suasana. Imam Syafie tinggal di Hijaz. Di situ tanah luas dan orang tak ramai. Maka Imam Syafie berijtihad boleh mengusahakan tanah kerajaan tanpa izin.
Imam Mazhab Hanafi tinggal di Iraq, suasananya lain. Maka Imam Abu Hanifah berijtihad, mesti dapatkan izin pemerintah sebelum usahakan tanah. Inilah yang ambe dapat dari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Kita kiaskan dapat izin pemerintah sekarang ini dalam bentuk permit, LMS dan Geran Hak Milik.
Suasana di Malaysia sekarang, tentu sekali pandangan Imam Mazhab Hanafi lebih sesuai dipakai sebab kalau dibiarkan tanah diteroka sebarangan tanpa perlu dapatkan izin pemerintah, maka yang kaya serta berkemampuan akan buka tanah kerajaan seluasnya sementara yang miskin akan tertindas.
Kerana itulah pemerintah mesti ada peraturan dan kawalan. Tanah yang ada tak bertambah tapi rakyat sentiasa bertambah ramai.
Contoh lain, dalam hal zakat fitrah, kita sekarang bayar duit dengan nilai harga beras, ini adalah kias pendapat Mazhab Hanafi.
Dalam Mazhab Syafie mesti bayar dengan makanan ruji. Maknanya kita mesti bawa beras untuk bayar zakat fitrah.
Nak buat apa-apa, mesti ada sandaran hukum yang jelas. Tak boleh main ikut-ikut atau rasa-rasa.
Semoga Allah merahmati Almarhum Dato’ Mohammad Dauq Iraqi yang banyak mengajar ambe mengenai fiqh perbandingan mazhab.
YB DR AZMAN IBRAHIM
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu – HARAKAHDAILY 3/2/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!