Ayah Chik ‘healing’ macam mana?

- Advertisement -

SUNGGUH al-Quran menjadi ubat kesakitan kepada Ayah Chik. Buktinya, Ayah Chik berjaya menulis dua buah buku tadabur al-Quran dalam tempoh rawatan sakit. 

1. Buku ‘Celupan Jarum Kecil Di Lautan Ilmu al-Quran’ ditulis sewaktu menjalani rawatan pembedahan injap jantung pada tahun 2017. 

2. Buku ‘Hidayah Itu Disini’ ditulis sewaktu Ayah Chik menjalani kuarantin positif COVID-19 pada Mac 2022.

Lumrah biasanya ketika sakit kita perlukan rehat dan ketenangan untuk mengurangkan rasa keperitan dengan badan yang lemah. Kita perlukan sesuatu untuk ‘healing’, tenangkan diri.

Ayah Chik pernah menceritakan kepada kami sewaktu rasa sakit selepas pembedahan tukar injap jantung, memang sakit tak boleh dikata. 

Jadi Ayah Chik minta anak-anaknya memasangkan alunan ayat al-Quran di laptopnya untuk mengubat badan yang sakit.

Daripada situlah, Ayah Chik mendapat idea dan ilham untuk menulis buku Celupan Jarum Kecil di Lautan Ilmu al-Quran, hasil tadabur untuk mengubat rasa kesakitan.

Ulamak ini memilih al-Quran untuk ‘healing’. Kita?

Begitulah qudwah seorang ulamak bila mana kecintaan kepada al-Quran benar-benar melekat dalam hatinya. 

Sewaktu lemah, berpegang pada al-Quran. Sewaktu kebuntuan mencari jalan penyelesaian, berpaut pada hidayah al-Quran.

Tiada lagi nikmat yang paling indah melainkan nikmat hidup dan mati bersama al-Quran.

AllahuAkbar!

ABDUL MALIK ABDUL RAZAK
Setiausaha Akhbar Presiden PAS – HARAKAHDAILY 3/2/2023

- Advertisement -
- Advertisement -