‘Tak jangka sampai perlu dibekukan akaun’

- Advertisement -

KANGAR: PERIKATAN NASIONAL (PN) Perlis berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyegera siasatan akaun Bersatu memandangkan enam negeri akan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

- Advertisement -

Pengerusinya Mohd Shukri Ramli berkata, pembekuan akaun tidak wajar dilewat-lewatkan dengan mengambil semua parti membuat persediaan menghadapi PRN.

“Pembekuan akaun Bersatu pada saya jangan terlalu lama lagi pun saya tak jangka mereka mempunyai banyak duit sampai perlu dibekukan akaun,” katanya pada majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Perbandaran Kangar (MPK), di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan SPRM membeku beberapa akaun milik Bersatu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram.

Mohd Shukri yang juga Menteri Besar Perlis berkata, Bersatu belum dijatuhkan hukuman dan hanya di peringkat pembekuan akaun bank sahaja untuk membolehkan siasatan dijalankan SPRM.

Menurutnya juga perkembangan yang berlaku itu diyakini tidak menjejaskan PAS sebagai komponen PN kerana isu terbabit masih lagi di peringkat siasatan.

Beliau juga berkata, pengumuman kabinet bayangan oleh PN dianggap tepat memandangkan kerajaan PH-BN sekarang tidak kukuh.

“Kabinet bayangan tersebut juga sebagai persediaan kemungkinan pertukaran kerajaan yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

“PN dalam keadaan bersedia jika berlaku perubahan kerajaan. Ini adalah langkah bijak oleh pimpinan PN,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/2/2023

- Advertisement -