Raja Kazu wakili kelab Portugal pada usia 55 tahun

Kazuyoshi Miura masih cergas untuk bermain secara profesional.
- Advertisement -

Kazuyoshi Miura akan meneruskan kerjaya profesionalnya di Portugal pada usia 55 tahun selepas bekas penyerang Jepun itu menyertai kelab divisyen dua, Oliveirense secara pinjaman dari Yokohama FC.

- Advertisement -

Jurucakap kelab Portugal berkata, Miura yang berusia 56 tahun bulan ini, akan memasuki musim ke-38 bola sepak profesionalnya, lebih lama daripada kebanyakan rakan sepasukannya yang masih hidup.

Portugal akan menjadi negara keenam Miura yang peminat memanggilnya sebagai Raja Kazu, selepas memulakan pengembaraan dalam bola sepak antarabangsa dengan kelab Santos Brazil pada 1986.

Miura memulakan kerjayanya di luar negara kerana Jepun tidak mempunyai liga profesional ketika itu. Antara kelab diwakilinya ialah Verdy Kawasaki, Genoa, Dinamo Zagreb dan Vissel Kobe.

“Walaupun kelab ini tempat baharu, saya akan bekerja keras untuk menunjukkan kepada semua orang permainan yang saya tahu,” kata Miura.

Beliau adalah pemain tertua yang menjaringkan gol dalam Liga-J, setelah menjaringkan gol pada babak kedua menentang Thespakusatsu Gunma pada 2017.

Miura bermain 89 kali untuk Jepun, memenangi Piala Asia pada 1992 dan merupakan penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman Jepun dengan 55 gol. Perlawanan antarabangsa terakhirnya adalah pada tahun 2000. – REUTERS

- Advertisement -